Sejarah
Penubuhan pasukan elit tentera darat ini bermula selepas
konfrontasi yang melibatkan Persekutuan Malaysia-Indonesia pada tahun
1965. Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul dari
konfantasi tersebut, Menteri Pertahanan Malaysia pada ketika itu, Tun
Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein, telah memberi arahan untuk
mengadakan unit ujian. Menteri Pertahanan telah mengarahkan sukarelawan
dan sejumlah sukarelawan dari tentera darat dan laut untuk mengambil
bahagian. Pada 25 Februari 1965, satu latihan asas komando diperkenal
dan dikendalikan oleh Regimen ke-40 Komando Marin DiRaja British (40th
British Royal Marines Commando) di Kem Majidee, Johor Bahru, Johor.
Daripada
300 sukarelawan yang mengambil bahagian, hanya 15 orang sahaja yang
terpilih untuk menjalani latihan asas Komando selama 6 minggu. Pada
akhir latihan, hanya 4 Pegawai dan 9 anggota dari lain-lain pangkat
berjaya dalam latihan ini dan juga merupakan trup nukleus yang pertama.
Mereka adalah :
1. Leftenan Kolonel Shahrul Nizam Bin Ismail (Jeneral Bersara)
2. Mejar Abu Hassan bin Abdullah (Kolonel Bersara)
3. Leftenan Mohd Ramli bin Ismail (Mejar Jeneral Bersara)
4. Leftenan Dua Ghazali bin Ibrahim (Mejar Jeneral Bersara)
5. Leftenan Dua Hussin bin Awang Senik (Kolonel Bersara)
6. 6842 Sarjan Ariffin bin Mohamad
7. 300152 Sarjan Anuar bin Talib
8. 4861 Sarjan Zakaria bin Adas
9. 201128 Sarjan Yahya bin Darus
10. 202072 Koperal Silva Dorai
11. 203712 Koperal Moo Kee Fah
12. 13852 Lans Koperal Johari bin Haji Morhd Siraj
13. 10622 Lans Koperal Sabri bin Ahmad
Kejayaan
ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia juga berkebolehan untuk
mengambil apa jua peranan dan tugas yang diberikan. Dengan bimbingan dan
tunjuk ajar daripada jurulatih khas dari Rejimen ke-40 Royal Marines
Commando British bawah pimpinan Mejar Bacons dan Kapten Seager, Grup
Gerak Khas mula melebarkan sayap pada tahun yang sama, mereka berjaya
mengatasi 6 latihan asas komando.
Mejar Abu Hassan bin Abdullah
merupakan Pegawai Komand Pertama bagi Grup Grak Khas (GGK), dan Sarjan
Ariffin menjadi Mejar Skuadron yang pertama. Pada akhir 1965, kekuatan
GGK adalah sebanyak 70%. Bagi memastikan pembangunan yang seiring dengan
pasukan elit, pegawai dari pelbagai pangkat dihantar keluar negara
untuk menjalani kursus-kursus khas seperti penyusupan lintas udara,
penerjunan bebas, operasi-operasi khas, renjer, teknik amfibia dan
sebagainya.
Anggota Rejimen 21 Grup Gerak Khas dengan senjata raifal
Colt M16A1 dalam sesi latihan. Pasukan ini telah banyak mengharumkan
nama negara sepanjang kariernya memerangi keganasan.
GGK juga
mengadakan latihan bersama dengan pasukan elit dari negara lain seperti
KOPASSUS TNI-AD dari Indonesia, Special Air Service (Australia,
Britain), Special Service Group (Pakistan), US Delta Force dan Green
Beret (Amerika Syarikat). KOPASSUS yang merupakan pasukan elit Indonesia
yang paling kerap mengadakan latihan silang bersama dengan GGK ini
kerana bagi menjaga nama baik kedua-dua negara serumpun selepas
konfrontasi tersebut, pasukan ini mengadakan hubungan persahabatan
dengan unit elit ini. GGK telah mengadakan operasi di Timur Malaysia dan
semasa insiden 13 Mei 1969. Selepas Konfrontasi 1967, terdapat
perbincangan sama ada untuk menyambung atau mengekalkan unit khas ini.
Ini kerana terdapat implikasi kewangan dari unit GGK di mana ia
bersamaan dengan keperluan dua Batalion Infantri. Oleh kerana isu
tersebut, GGK telah dipindahkan ke Kem Segenting, Port Dickson pada
1968.
Insiden 13 Mei telah membuktikan bahawa GGK merupakan aset
yang berharga buat kerajaan dan patut dikekalkan dan dikembangkan kepada
regimen. Apabila elemen dan unit baru diserap ke dalam GGK, mereka
telah dipindahkan ke Kem Sungai Udang, Melaka dan pada 1 Ogos 1970,
Regimen Gerak Khas pertama telah dibentuk. Walaupun GGK telah mendapat
kredit pada 1971 tetapi keanggotaannya masih menjadi milik kor
masing-masing. Situasi ini menyebabkan masalah bagi merancang kerjaya
anggotanya. Untuk mengatasi masalah ini, sukarelawan yang di buang dari
senarai untuk menyertai Regimen Khas. Pada 1973, kor telah ditugaskan
kepada 6 pegawai.
[sunting] Perkembangan
Anggota 11 RGK lengkap dengan kelengkapan yang hampir menyamai 22 SAS British.
Kem
Sungai Udang telah diberi gelaran sebagai "Markas Komando". Ia telah
berjaya menarik minat ramai sukarelawan dari regimen lain. Leftenan
Kolonel Borhan bin Ahmad merupakan pegawai yang bertanggung jawab
mencari jalan untuk mengembangkan GGK. Banyak aktiviti termasuk sukan
dan aktiviti ketenteraan lain telah di susun untuk memastikan GGK
terlibat. Program bersama dipimpin oleh negara lain seperti British, New
Zealand, Australia dan juga Amerika Syarikat untuk mengembangkan
pengetahuan dan mendapat pengalaman baru dalam aspek khusus dalam
operasi khas.
Dalam rancangan malaysia Ke-3 dan penambahan
pasukan bersenjata, Pusat Latihan Perang Khas (PULPAK) telah dibina pada
1 Ogos 1976. Fungsi utama adalah untuk memastikan keperluan latihan
untuk pasukan khas dipenuhi. Selepas itu, Regimen kedua GGK telah
dibentuk. Kesemua tiga unit menjadikan Kem Sungai Udang, Melaka sebagai
tapak. Pada 1979, Pusat Latihan telah siap sepenuhnya dan Kolonel Borhan
bin Ahmad menjadi Komandan bagi pusat latihan khas ini.
[sunting] Persenjataan
Grup
Gerak Khas dibekalkan dengan kelengkapan dan teknologi bagi semua unit
elit Malaysia. Kelengkapan GGK bukan sahaja terdiri daripada sistem
persenjataan biasa, tetapi turut dibekalkan dengan beberapa model baru.
Data Senjata Ringan
Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal / Karbin Anti Material Penembak Tepat Mesingan
Beretta M92FS Franchi SPAS-12 HK MP5A2 CAR-15 Barrett M95 AI - AWM Mesingan M60
Browning HP Remington M870 HK MP5A3 Colt M4A1 Blaser R93 Tactical FN Minimi
Colt M1911 Remington M1100 HK MP5K Colt M16A1 Model 653 HK G3/SG-1 RPK-74
Glock 17 HK MP5K-A5 HK G36C HK MSG-90
Glock 19 HK MP5SD2 Steyr AUG
Glock 26
HK P9S
HK Mark 23
Sig Sauer P226
Vektor SP1
Yavuz 16 Compact
Data Pelancar Grened, Anti Kereta Kebal dan Anti Pesawat
Pelancar Grened Negara Anti Kereta Kebal Negara Anti Pesawat Negara
M79 Flag of the United States Amerika Syarikat AT-4 Bendera Sweden Sweden
M203 Flag of the United States Amerika Syarikat Carl Gustav Bendera Sweden Sweden
[sunting] Insignia
Motto Rejimen
Cepat Dan Cergas
Lambang Rejimen
Digelar sebagai "Harimau Berjuang", wajah harimau mengaum dan pisau
komando. Warna hijau melambangkan status Rejimen Komando dan
melambangkan warna hijau juga sebagai warna suci agama Islam. Warna Biru
melambangkan hubungan erat antara Rejimen Gerak Khas dengan 40th Royal
Marines Commando British. Harimau melambangkan keberanian, dan
ketangkasan. Pisau Komando merupakan pertanda status anggota resimen –
hanya anggota komando sahaja yang layak menyandang pisau komando.
Beret Hijau
Anggota Rejimen Gerak Khas menggunakan Beret Hijau, merupakan simbol
am diantara komuniti pasukan komando di seluruh dunia. Lambang "harimau
berjuang" diletakkan pada beret hijau.
Lanyard Biru
Anggota Rejimen Gerak Khas juga menggunakan lanyard berwarna biru,
sebagai tanda penghargaan dari 40th Royal Marines Commando British.
Anggota dari 40th Royal Marines dan Gerak Khas menggunakan lanyard biru
tradisional.
[sunting] Tanggungjawab
Anggota pasukan elit Grup Gerak Khas dengan senjata Steyr AUG mengawal kem tamat latihan.
Grup
Gerak Khas bertanggungjawab menyediakan kemudahan dan kelengkapan
menjalankan gerakan khas termasuk gerakan payung terjun dan gerakan
perairan. Gerakan ini boleh dilaksanakan secara bersendirian, bersama
atau bekerjasama dengan pasukan tetap yang lain di dalam kawasan musuh.
Rejimen Gerak Khas
Mengadakan
Skuadron mencari, melapor, mengharu dan menghancur musuh dengan
penyusupan jarak jauh dan di samping itu bekerja rapat dengan pasukan
gerila. Melaksanakan operasi ofensif secara bebas yang memerlukan
kepakaran melalui laut, darat dan udara di dalam kawasan yanng dikuasai
oleh musuh dan juga mendapatkan maklumat.
DATANGMU TIDAK DIUNDANG, JIKA RAGU SILA PULANG
Kursus asas komando dibahagikan kepada 4 peringkat utama iaitu:
1)LATIHAN PEMANAS BADAN 2)IKHTIAR HIDUP 3)LAUT 4)UJIAN AKHIR
LATIHAN
PEMANAS BADAN Ujian pemanas badan atau lebih dikenali sebagai peringkat
kem berlangsung di Kem Sg Udang selama 5 minggu. Latihan di sini
disebut pemanas badan untuk pelatih bersedia menghadapi latihan di
peringkat seterusnya yang mungkin lebih mencabar. Pelatih akan
diperkenalkan dengan kehidupan seorang komando dan dididik agar tidak
kenal erti belas kasihan, terutamanya kepada musuh. Beberapa kemahiran
rahsia juga diajar di sini. Antara latihannya seperti abseiling dari
menara dan helikopter, latihan menembak, perubatan medan, penggunaan
pelbagai senjata, bahan letupan, semboyan dan sebagainya. Antara
syarat-syarat yang perlu dipatuhi sepanjang kursus selama 3 bulan ini,
pelatih hanya boleh tidur selama lebih kurang 3 jam sahaja. Pelatih juga
tidak dibenarkan mandi. Makanan yang diberikan tidak sempurna, tetapi
berkhasiat. Sementara latihan fizikal pula ialah:
1)Larian jarak
jauh (76km) yang perlu dilengkapkan dalam 2 sesi iaitu siang dan malam,
tidak melebihi 12jam.(Jumlah larian 152km) 2)Jalan lasak/laju 25km
3)Pandu arah pelbagai bentuk muka bumi(138km), juga dalam 2 sesi dan
dalam masa yang ditetapkan.(Jumlah perjalanan 276km)
IKHTIAR
HIDUP Latihan ikhtiar hidup dijalankan selama 3 minggu melibatkan
kawasan hutan dan paya. Peringkat ini adalah yang paling sukar dalam
kebanyakan kursus komando. Ia memerlukan ketahanan mental dan fizikal
yang amat tinggi. Tidak disediakan makanan. Pelatih diajar dan
seterusnya berusaha untuk mencari makanan sendiri di kawasan sekeliling
untuk terus hidup. Khemah juga tidak disertakan bersama. Pelatih hanya
tidur di kawasan-kawasan selamat seperti di atas pokok. Latihan teknik
ronda dalam kumpulan kecil dan segala ilmu peperangan hutan didedahkan.
Aktiviti pandu arah dalam hutan sejauh 90km juga diwajibkan. Sebelum
latihan di paya, sekali lagi pelatih akan mengharungi perjalanan
pelbagai bentuk muka bumi sejauh 160km (tidak boleh lebih dari 3 hari)
Antara syarat jalan jauh itu, pelatih tidak boleh berhenti berjalan
kecuali buang air dan makan. Di paya, pelatih harus menanggalkan pakaian
kecuali seluar dalam, seluruh tubuh mesti disapu dengan lumpur bagi
tujuan mengelak dari dihidu atau digigit oleh hidupan liar di paya.
Teknik bekukan kedudukan,operasi dan asas pertempuran di kawasan paya
diajarkan. Tidak ketinggalan, ikhtiar hidup. Pelatih diberi beberapa
batang mancis, parang dan seorang satu tempurung kelapa. Para pelatih
juga perlu membuat tombak runcing sebagai alat tambahan untuk berburu.
LAUT
Pelatih akan dibawa kembali ke Kem Sg Udang untuk memulakan peringkat
laut selama 2 minggu. Kemahiran paling asas yang diajarkan di sini ialah
berenang di dasar laut, drown proofing dan teknik menahan nafas.
Lain-lain seperti ikhtiar hidup laut, isyarat kod morse dan pertempuran
di dasar dan permukaan. Aktiviti berkayak dengan kanu sejauh 20km dan
pandu arah laut hanya 10km. Peringkat laut merupakan ujian paling ringan
dalam kursus asas komando.
UJIAN AKHIR Setelah kesemua peringkat
diharungi, maka tamatlah sesi pembelajarannya. Tiba masanya untuk para
pelatih menghadapi ‘ujian’ untuk dinilai apakah pelatih dapat
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sebelumnya dengan sebaik
mungkin. Terlebih dahulu pelatih akan diberi taklimat secukupnya untuk
persediaan ujian akhir ini. Ia akan lebih bersifat realistik. Ia
dipecahkan kepada 3 peringkat utama:
Peringkat perjalanan/Air
gelap Maksud perjalanan di sini ialah perjalanan menuju ke kawasan
operasi. Biasanya ia mengikut jalan sungai. Pelatih akan bertolak pada
waktu malam dengan menggunakan kanu. Jarak perjalanan ini tidak tetap,
mengikut berapa panjangnya anak sungai.
Peringkat operasi Tiba
dikawasan operasi yg telah dikenal pasti, pelatih akan membuat satu
serangan ke atas kubu musuh tersebut. Serangan itu sama seperti
demonstrasi serangan pantai semasa hari penganugerahan beret. Cuma kali
ini skalanya lebih besar dan kompleks.
Peringkat pelarian Setelah
serangan berjaya dilaksanakan dan objektif tercapai, pelatih dipaksa
sekeras-kerasnya berundur dari kawasan itu tanpa meninggalkan sebarang
kesan. Mereka perlu melarikan diri dan mengelak dari dikesan oleh
jurulatih yang bertindak sebagai musuh (bersenjata). Proses pembolosan
ini dipanggil Escape & Evasion (E&E). Jarak pelarian biasanya
mencecah 200km untuk pelatih sampai ke checkpoint yang ditetapkan.
Sekiranya pelatih dapat dikesan dan tertangkap, jurulatih yang bertindak
sebagai musuh tadi akan mendera dan menekan mental pelatih supaya
membocorkan maklumat rakan-rakan pelatih lain yang berjaya mengelakkan
diri. Sekiranya pelatih memberitahu apa-apa rahsia, maka beliau akan
gagal keseluruhan kursus dan tidak layak memakai beret hijau. Ini
disebabkan pelatih tersebut tidak tahan akan seksaan yang dikenakan.
Oleh itu, sekiranya seksaan dalam latihan pun tak boleh tahan bagaimana
pula nak menghadapi seksaan oleh musuh sebenar yang jauh lebih perit,
bahkan sampai meragut nyawa. Terdapat pelbagai bentuk
penderaan/penyeksaan seperti dipukul, dipaksa memakan najis, digantung
dengan keadaan kepala di bawah & lain-lain. Sebagai tambahan,
terdapat syarat-syarat yang perlu dipatuhi jurulatih dalam latihan
penderaan ini. Antaranya ialah tidak boleh menyeksa rekrut sehingga
menyebabkan kecederaan dalaman atau kematian.
Pelatih yang
berjaya dan disahkan layak bergelar komando, mereka diberi kerehatan di
sebuah kem tentera, iaitu di mana tempat berkhirnya proses E&E yang
telah diterangkan sebelumnya. Juga memberi peluang kepada rekrut-rekrut
baru komando tadi berhubung dengan keluarga dan membuat persediaan
semasa hari penganugerahan.
[sunting] Operasi yang diketahui
[sunting] Insurgensi 1966-1990
Anggota Rejimen 22 Gerak Khas bersedia untuk melancarkan grened yang dipasang pada Colt M4A1.
Pada insurgensi mulai tahun 1966 hingga 1690, Rejiment Gerak Khas
terlibat dalam beberapa siri operasi menentang pengganas komunis
diseluruh kawasan hutan Malaysia. Ramai diantara pengganas komunis yang
berjaya dibunuh, dicederakan dan ditawan serta sejumlah besar senjata
api, bahan letupan dan kelengkapan dirampas.
[sunting] Kepulauan Spratley
Memandangkan unit Rejimen Gerak Khas adalah aset berharga kerajaan,
perkara yang perlu difahami oleh pasukan elit tentera darat dan marin
ATM adalah menjaga kawasan yang berhampiran dengan Kepulauan Spratley.
Grup Gerak Khas dan PASKAL Tentera Laut Diraja Malaysia dihantar
bertugas menjaga pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan perairan
Malaysia. Dua detasemen elit ini telah ditempatkan di Pulau Terumbu Ubi,
Terumbu Mantanani dan Terumbu Layang-Layang serta Terumbu Siput dan
Terumbu Peninjau.[1]
[sunting] Pertempuran di Mogadishu, Somalia (1993)
Grup Gerak Khas terlibat dalam operasi berprofil tinggi termasuklah
operasi bersepadu dengan Rejimen Askar Melayu Diraja dan tentera
Pakistan dalam tugas menyelamat pasukan Renjer dan pasukan elit Delta
Force Amerika Syarikat yang terperangkap didalam pertempuran dengan
tentera militan Jeneral Farah Aidid di Pasar Bakhara, Mogadishu, Somalia
yang mengorbankan seorang krew kereta perisai MALBATT RAMD iaitu
Allahyarham Koperal Aznan Awang dan 7 lagi cedera. GGK turut kehilangan
dua anggotanya semasa pertempuran di bulatan K4 dimana unit ini terlibat
dalam operasi yang diterajui oleh Amerika dalam tugas menangkap
beberapa orang kanan Aidid.
[sunting] Sukan Kommonwel ke-16
Grup Gerak Khas turut digandingkan bersama pasukan polis
anti-pengganas Pasukan Gerakan Khas PDRM dalam tugas keselamatan khas
dan bersedia untuk tugas operasi menyelamat tebusan dan mematikan bahan
letupan (sekiranya berlaku ancaman dan kekacauan dari pihak-pihak
tertentu) sempena Sukan Kommonwel ke-16 di Kuala Lumpur pada tahun 1998.
[sunting] Bosnia Herzegovina
Unit-unit Grup Gerak Khas turut dihantar sebagai unit pengaman di
Bosnia, yang mana satu dan hanya unit komando daripada Asia
Timur-Selatan telah ditugaskan di Bosnia.
[sunting] Timor Leste 2006
Grup Gerak Khas juga dihantar bersama dengan truper elit dari 10
Briged Para dan pasukan elit PDRM, Pasukan Gerakan Khas dalam operasi
pengaman di Timor Leste, yang diketuai oleh Australia yang dikenali
sebagai Operasi Astute. [2]
[sunting] Insiden Genting Sempah
Pada Julai, 2007, Rejimen ke-22 Grup Gerak Khas bersama dengan
anggota 10 Briged Para dari Kem Terendak, PASKAU TUDM dan Pasukan
Gerakan Khas PDRM dengan disokong oleh Tentera Laut Amerika Syarikat,
Pasukan Gerakan Am PDRM, Renjer Perhutanan, Jabatan Bomba Dan
Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta penduduk tempatan dalam
usaha mencari dan menyelamat 6 krew helikopter Sikorsky S61 Nuri yang
terhempas di Genting Sempah pada 13 Julai lalu. Walaubagaimanapun,
keenam-enam wira negara tersebut telah terkorban sebelum pesawat malang
itu ditemui oleh unit-unit penyelamat tersebut.
[sunting] MALCON - UNIFIL
Unit ini juga terlibat dalam misi pengaman MALCON - UNIFIL di Lubnan
bersama dengan tiga lagi elemen pasukan elit ATM (terdiri daripada 10
Briged Para, PASKAL dan PASKAU) dan ditempatkan di dalam Kontinjen India
dalam menjaga keamanan di negara yang mengalami kemusnahan akibat
serangan oleh rejim Israel. Keempat-empat pasukan elit ini bertindak
sebagai Pasukan Tindakan Pantas dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman
dikawasan pentadbiran ATM disana.`
No comments:
Post a Comment